Support & Downloads

Mediacreative memiliki kepakaran dalam membantu usahawan dengan menawarkan perkhidmatan pembinaan web dan rekaan grafik yang profesional dan sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Contact Info
No21, Jalan TPS 4/11
41500 Semenyih, Selangor
admin@mediacreative.com.my
+60-1836 33382
h

Soalam Lazim

Banyak Persoalan Yang Bermain Di Minda?

Perlukah saya memiliki sebuah website?

Sekiranya anda sudah memiliki sebuah perniagaan, anda disarankan untuk memiliki sebuah website untuk mengembangkan lagi perniagaan di samping meyakinkan pelanggan dan memperlihatkan professionalism dalam perniagaan.

Apakah jenis website yang perlu saya pilih?

Bergantung pada jenis perniagaan, keperluan dan kadar belanjawan kewangan anda. Sekiranya anda hanya mahu mempromosikan perniagaan anda, anda boleh memilih website korporat sahaja. Jika anda mahu pelanggan membeli produk anda secara online, anda boleh memilih website e-Commerce (e-Dagang).

Pakej manakah yang perlu saya pilih?

Untuk pelanggan yang ingin memiliki website dengan harga yang murah, disarankan memilih pakej Budget Best. Harganya murah kerana ada had dalam beberapa fungsi website dan hosting dan domain, namun, kami tetap mementingkan reka bentuk yang berkualiti dan menarik untuk semua pelan dalam pakej ini. Pakej Advance Sangat lebih memfokuskan kepada fungsi website yang lebih tinggi kepada tanpa had dan pengubahsuaian website yang lebih teliti bergantung kepada kehendak pelanggan.

Saya mahu menempah satu pelan website, apakah yang perlu saya lakukan?

Pelanggan yang mahu menempah perlulah mengisi borang tempahan di halaman Hubungi Kami. Kemudian kami akan menghantar sebut harga kepada pelanggan beserta dengan terma dan syarat pembinaan website.
 

Berapakah deposit bayaran untuk satu pelan website?

Deposit 50% daripada harga pelan perlu dibayar untuk satu pelan website.

Saya sudah menempah satu pelan website, bolehkah saya membatalkan tempahan selepas membayar deposit?

Pembatalan tempahan adalah dalam masa 24 jam sahaja selepas membayar deposit. Jika pelanggan membuat pembatalan selepas 24 jam, deposit tidak akan dipulangkan.

Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran?

Pembayaran boleh dibuat secara online kepada akaun kami. Pelanggan boleh menghubungi kami untuk maklumat berkenaan akaun.

Adakah saya perlu menyediakan kandungan untuk website?

Ya. Pelanggan perlu menyediakan semua kandungan dan gambar untuk website.

Berapa lamakah masa diambil untuk membina sesebuah website?

Pembinaan website biasanya mengambil masa 7-14 hari untuk siap sepenuhnya. Sesetengah website yang memerlukan banyak customization (seperti website dalam pakej Advance Sangat) mungkin memerlukan masa 14-20 hari untuk siap. Kami akan maklumkan kepada pelanggan sekiranya website siap lebih awal.

Berapakah bayaran tahunan untuk hosting dan domain?

Untuk Pelan Budget Best, sila rujuk di sini dan klik butang "Lihat Bayaran Pembaharuan Hosting + Domain"
Untuk Pakej Advance Sangat, sila rujuk di sini dan klik butang "Lihat Bayaran Pembaharuan Hosting + Domain"

Bolehkah jika saya ingin menambah beberapa fungsi tambahan yang tiada di dalam pakej ke dalam website saya?

Boleh. Namun sebarang pakej tambahan akan dikenakan cas RM50.

Selepas website siap, bolehkah jika saya ingin menambah satu atau beberapa lagi halaman ke dalam website saya?

Boleh. Namun halaman tambahan akan dikenakan cas sebanyak RM50/ halaman (design yang sama dengan halaman lain). Tambahan RM100 dikenakan jika design berlainan.

Adakah terdapat pengurangan harga jika saya ingin menggunakan domain dan hosting saya sendiri?

Tidak. Harga di dalam pakej adalah tetap walaupun anda menggunakan domain dan hosting yang telah dibeli sendiri.

Bagaimana saya ingin berurusan tanpa bersemuka kerana lokasi saya jauh?

Pelanggan boleh berurusan melalui telefon, emel atau pun whatsapp. Segala kandungan dan gambar boleh diemelkan terus kepada kami atau menggunakan medium whatsapp.

Categories

f

PEMASARAN DIGITAL MALAYSIA

Kami Membantu Mengembangkan Bisnes Anda Melalui Strategi & Kaedah Pemasaran Digital. Kami Berpengalaman Sejak Tahun 2011 lagi!

Kirimkan Segala Persoalan Anda Disini.